



Search
SOLAT MAGHRIB dan SOLAT HAJAT BERJEMAAH
Tarikh : 7 Julai 2008(Isnin)
Masa : 7.00 Petang
Tempat : Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam.
Sukacita dimaklumkan, Muslimin dan Muslimat berjemaah bersama dan tuan/puan dijemput hadir.
3 Julai 2008
Hari ini saya telah dijemput oleh Jawatankuasa Surau Ihsaniah, Kondo Rakyat, Pantai Dalam bagi bersama-sama jemaah yang lain menunaikan Solat Maghrib dan bersuai kenal dengan muslimin serta muslimat yang hadir. Saya juga berkesempatan bersama-sama dalam majlis bacaan Yassin dan Doa Selamat. Selepas selesai majlis doa selamat, saya diberikan penghormatan untuk berucap. Jemaah juga sempat memaklukan kepada saya tentang permasalahan pemendapan tanah di surau tersebut. Terima kasih kepada Tuan Hj Saleh (Pengerusi Surau), Tuan Abbas (Timbalan Pengerusi Surau) dan seluruh Jemaah atas cederahati yang diberikan serta sambutan meriah untuk saya.
Di tengah-tengah kemelut yang melanda saya terbaca surah al anfal ayat 30 yang mengingatkan bahawa Allah SWT adalah sebaik baik Pembalas tipu daya -tatkala orang kafir Quraisy memikirkan tipu daya untuk menangkap, memenjarakan, membunuh atau mengusir.
Ayat tersebut terkandung dalam penulisan Dr Aidh Abdullah Al Qarni -di hadiahkan kepada saya oleh jawatankuasa surau ihsaniah, kondo rakyat. Tersentuh hati saya pabila menerima buah hati tersebut malam jumaat lepas, diiringi dengan buah-buahan, dan juadah makanan sebelum kami semua solat Marghrib bersama.
Lalu saya baca buku tersebut, lantas terjumpa petikan dari Al Quran yang memberi harapan untuk pembelaan serta perlindungan dari yang Maha Esa.
Izzah
JUNE 29, 2008, KUALA LUMPUR, MALAYSIA
I am issuing this statement from within the embassy of the Republic of Turkey in Kuala Lumpur. I was transported to the embassy earlier this morning fearing that my personal safety was in danger. I thank all those who offered to assist me in this time of need and am grateful to the Turkish Ambassador for extending an invitation to seek refuge within the Embassy.
Since the March 8th elections, numerous credible sources from within the government and military intelligence have advised me that certain agents from within Barisan Nasional leadership have initiated plots to cause harm to me or my family or my supporters. I have been told that my assassination has not been ruled out as means to subvert the people’s will and bring an end to the transformational changes taking place in Malaysia.
Notwithstanding the threats which are intended to silence my voice, I intend make public new evidence implicating that the Inspector General of the Police Musa Hassan and the Attorney General Gani Patail engaged in criminal acts of fabricating evidence in cases launched against me in 1998.
The allegations that have been made against me on Saturday are nothing more than a replay of the events which transpired in 1998 when I was sacked from the office of the Deputy Prime Minister, jailed and beaten, and then charged and convicted by a kangaroo court for crimes which I never committed. This charade was orchestrated by a corrupt Barisan Nasional leadership which made use of the entire apparatus of the state power including its control of the judiciary, the police force, and its grip on the mainstream media. These actions are being repeated today to undermine the forces of reform and renewal which were unleashed in the March 2008 elections.
I would like to assure my family, friends and supporters in Malaysia that I am safe and remain committed as ever before to continuing the struggle for a free and just Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
— PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE —
June 29, 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA
The police report lodged against me earlier today is a complete fabrication. I believe we are witnessing a repeat of the methods used against me in 1998 when false allegations were made under duress. This is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest the movement of the Malaysian people towards freedom, democracy and justice.
The report has been organized by interested parties to attack me in retaliation for evidence I have recently obtained implicating IGP Musa Hassan and the AG Gani Patail in misconduct including fabrication of evidence in the cases launched against me in 1998-1999. This vile attack will not prevent me from releasing this dossier to the public.
I urge the Malaysian people to stand against the repressive forces that will be unleashed by the government in the coming days and weeks. We expect the media, the judiciary and the police force to all come under the direct and unchecked control of the executive.
My fellow Malaysians - we took a bold step forward on March 8th towards a new dawn for freedom and justice for all of our citizens. This people’s movement for change must go on with all of our strength and conviction.
ANWAR IBRAHIM
Versi Bahasa Malaysia
— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —
29hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA
Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.
Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.
ANWAR IBRAHIM
Pelan Deraf Kuala Lumpur 2020 yang diiklankan oleh DBKL di merata tempat telah menimbulkan kontroversi dengan ramai penduduk di Kuala Lumpur.
Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk adalah:-
· Isu pembangunan pesat yang tidak terkawal
· Kehilangan kawasan-kawasan hijau di Kuala Lumpur
· Penukaran kegunaan tanah Persekutuan kepada Komersil
· Ketidaktelusan cara pelan telah dibuat
· Pelan ini tidak membincangkan cara mengatasi masalah kesesakan dan pengangkutan awam dengan mendalam
· Pelan terlalu susah difahami penduduk biasa mahupun para profesional
· Kehilangan warisan Kuala Lumpur seperti Kampung Baru
· Kurangnya perancangan untuk Kawasan-kawasan lapang, taman-taman permainan
· DBKL mengambil keputusan-keputusan dalam pelan ‘ala’ diktator tanpa mengambil kira isu-isu yang telah dibangkitkan oleh penduduk
· Pembangunan dalam pelan sudahpun bermula – ini bermakna pelan ini berfungsi hanya untuk mengesahkan keputusan-keputusan DBKL terdahulu yang dibantah para penduduk - bagaimanakah ia boleh dipanggil pelan DERAF jika bangunan-bangunannya sudah dibina?
Tahukah anda bahawa:-
· Pelan Deraf ini hanyalah boleh dibaca jika dibeli daripada DBKL pada harga RM150. Ia tidak boleh didapati di mana-mana tempat lain seperti internet. - Ini akan menyebabkan kesukaran untuk ramai penduduk daripada mengetahui isi kandungan pelan tersebut.
· Pelan Deraf Kuala Lumpur ini direka untuk menambah 600,000 lagi penduduk ke dalam Kuala Lumpur. DBKL berancang untuk membuat demikian dengan menambahkan densiti penduduk di kawasan-kawasan yang sudahpun sesak dan mampat
· Kawasan-kawasan lapang dan Hijau akan berkurangan lagi mengikut Pelan.
· Dasar Pembangunan Negara yang dikeluarkan Kerajaan Persekutuan menyatakan bahawa 2 hektar kawasan lapang/hijau perlulah ada untuk setiap 1000 penduduk. Tahap pada masa sekarang di Kuala Lumpur adalah hanya 0.38 hektar. Jumlah ini akan menjadi sekitar 0.20 hektar dengan Pelan ini.
· Sistem Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur masih tidak boleh menampung jumlah pengguna yang masih ada ataupun tidak cukup baik. Janganlah difikirkan tambah dahulu penduduk baru sahaja bina infrastruktur.
· Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan yang TIDAK diundi masuk sebagai pemimpin Kuala Lumpur mempunyai kuasa mutlak keatas apa-apa keputusan di hal pentabiran Kuala Lumpur dan cara wang bajet DBKL digunakan
· Anda sebagai pembayar cukai kepada DBKL mempunyai hak-hak untuk mempengaruhi cara Bandar Kuala Lumpur membangun
· Sebelum Pelan ini dibentangkan kepada orang ramai, DBKL mendakwa mereka sudahpun mengambil cadangan-cadangan orang ramai mengenai penukaran-penukaran tetapi sehingga kini, masih begitu ramai pihak yang mengadu dan menafikan apa-apa kebimbangan ataupun cadangan yang diberikan kepada DBKL telah dipertimbangkan ataupun telah di masukkan ke dalam Pelan Deraf yang sedia ada
- Kelab Golf persendirian dan tempat letak kereta awam/persendirian di anggap sebagai tempat lapang hijau untuk orang ramai! Ini adalah penipuan besar apabila DBKL menggunakan data ini untuk berkata Kuala Lumpur masih cukup kawasan hijau!
Persoalan yang timbul
Bagaimana DBKL boleh mengeluarkan sebuah pelan deraf yang melanggar begitu banyak undang-undang dan peraturan seperti:-
- Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 - Apa-apa Pelan Deraf Tempatan mestilah di buat mengikut Dasar Pembangunan Negara dan juga Pelan Struktur Kuala Lumpur
- Polisi CF3 dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur melarang sebarang penggunaan tanah persekutuan untuk kegunaan komersil. Ia mestilah untuk kegunaan orang ramai. Dalam Pelan Deraf, tanah persekutuan di tukar menjadi komersil
- Sec 12 (a) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 juga menyebut tentang keperluan untuk pre-consultation yang bermakna bersama penduduk-penduduk yang akan merasa kesan langsung apa-apa penukaran. Ini jelas tidak dilakukan
- Dasar Pembangunan Negara menyatakan tanah lapang hijau diperlukan untuk setiap 1000 penduduk patutlah 2 hektar. Tahap pada masa ini di Kuala Lumpur adalah sebanyak 0.38 hektar setiap 1000 penduduk. Ini akan menurun lagi kepada 0.20 hektar dan ini termasuk kelab-kelab golf, tanah terbiar, tempat letak kereta dan apa-apa tanah terbiar.
- Pelan Struktur yang dikeluarkan DBKL sendiri mengatakan tidak boleh dijalankan apa-apa pembangunan di kawasan bukit yang kecerunannya lebih 35%. (4.7.3) Ini juga dinyatakan dalam Dasar Pembangunan Negara. Ini jelas telah diabaikan dalam Pelan Deraf Kuala Lumpur. Kerajaan Selangor sudahpun melarang sebarang pembangunan di kawasan sebegini.
- DBKL semasa meluluskan Development Order bagi pembangunan yang ada di dalam Pelan Deraf, telah dibuktikan tidak mengikut peraturan-peraturan yang sepatutnya. DBKL sendiri mengabaikan peraturan-peraturan yang khusus untuk keselamatan bangunan-bangunan yang dibina.
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/6/24/central/21631427&sec=central
- Isu kepadatan penduduk di Kuala Lumpur - Dasar Pembangunan Negara menyatakan kepadatan penduduk / population density mestilah 25 orang pph. Pelan Deraf Kuala Lumpur akan meningkatkan lagi kepadatan penduduk. KL sudah pun sering sesak. Ini akan menyebabkan isu - overcrowding!
- Tanah-tanah yang sepatutnya dialokasi untuk sekolah, tempat beribadat, taman permainan telahpun hilang/ditukarkan menjadi tanah komersil atau perumahan
Bacalah sendiri keratan-keratan akhbar mengenai Pelan Deraf KL dan fahami isu-isu yang ada. DBKL adalah badan yang tidak dilantik oleh rakyat tetapi berkuasa untuk memutuskan kualiti kehidupan anda di Kuala Lumpur.
Walaupun sekarang adalah masa untuk penduduk ‘mengemukakan’ cadangan dan bantahan terhadap Pelan Deraf, Datuk Bandar sendiri sudah menyatakan cadangan tersebut langsung tidak perlu diambil kira dan Datuk Bandar mempunyai kuasa mutlak.
Salam Penduduk Kuala Lumpur,
Coalition to Save Kuala Lumpur akan mendesak supaya Pelan Deraf Kuala Lumpur di buang dan dikaji semula. Sebuah sidang media akan diadakan Ahad ini mengenai perkara ini dan mereka menyeru setiap Persatuan Penduduk di Kuala Lumpur untuk menyokong desakan ini.
Hantarkan saya emel dengan info Persatuan Penduduk anda. Nombor Telefon, emel, dan sebagainya. Saya akan menghantarkannya kepada Coalition.
nurulizzah@nurulizzah.com
Ini adalah seruan kepada semua penduduk yang marah dengan sikap DBKL yang bermaharajalela di Kuala Lumpur!
Izzah
Dear Kuala Lumpurites,
The Coalition as you all know is calling for the KL Draft Plan to be thrown out. They will be having a press conference this Sunday and are calling all Residents Associations in Kuala Lumpur or elsewhere to lend their support to this cause.
Do drop me an email with your RA’s particulars, contact number, email etc and I will pass them on to the Coalition.
nurulizzah@nurulizzah.com
This is a call for all concerned citizens who are fed up with DBKL!
Izzah
Malam tadi saya telah ke Seri Sentosa untuk melawat para penduduk.
Di Masjid Seri Sentosa

Di Pasar Malam





Lihat lagi gambar-gambar di album Flickr saya
I attended a discussion and press conference yesterday to talk with residents in Bangsar regarding crime. I met with Preity Ganthani who was a victim of a snatch theft and nearly lost the use of her arm. The issue of crime is one that is plaguing the country. Everyday you see one of the Pakatan Rakyat MPs having an anti crime drive or campaign to highlight the rising issue of crime.
We all know the inherent problems faced within our police force and governance in this country. Therefore it is important that the IPCMC is implemented by the government! As a legislator, I feel this is how the Police Force will get it act together! My statement below encapsulates my thoughts on the issue.
The recent spike of crime in Lembah Pantai lately, especially in Bangsar is extremely distressing. Incidents such as gang robberies, snatch thefts and even break-ins that frequently occur in broad daylight goes to show that the crime is now a feature in our daily lives. The existing avenues for not only prevention but also recourse with the authorities leave a lot to be desired.
Preity Ganthani is another victim of snatch theft. She represents only one case of the many victims of crime. She suffered extensive injuries to her arm from which her bag was snatched and is lucky to still have it attached. This young girl had to spend 4 long days in the hospital. She is lucky enough to be with us today.
I do not like to repeat myself but it is important for us to hold the government of the day responsible in providing a more secure environment for its citizens.
Consequently, recognising the weaknesses in the safety apparatus of the country, it is imperative that government of the day implements the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC). With an avenue such as the IPCMC, it will allow for greater collaboration and a civil society in recognizing key weaknesses and identifying changes that can be made to improve the Police Force.
Our current ratio of police personnel to population is comparable to Interpol’s standards. This means there has to be a reassessment of the effectiveness of current policing measures. This underlines the need for the IPCMC.
Specific to Lembah Pantai, from discussions with concerned citizens and members of the public and certain key individuals in the constituency, we are moving ahead with a series of action-oriented programmes. Dialogues will be started with the local Residents Associations, local Police Force, Malaysian Crime Prevention Foundation and also Rukun Tetangga. This is a call for residents to partake in this initiative.
Statement in BM below