Skip to main content
Media

Saya Kesal Dengan Penculikan Adik Asmawi

By 16 March, 2008February 18th, 2020No Comments

asmawi_latest1303.jpg

Saya amat kesal dengan penculikan adik Asmawi bin Jalalludin yang berlaku di waktu siang hari di taman permainan berdekatan rumahnya. Tragedi ini adalah salah satu lagi dalam siri penculikan dan pembunuhan kanak-kanak di Kuala Lumpur yang kini makin berleluasa.

Saya merayu supaya adik Asmawi dipulangkan dengan segera kepada pangkuan keluarganya.

Terdapat dua perkara yang ingin dibincangkan pada pagi ini. Usaha untuk memulangkan adik Asmawi kepada keluarganya. Sehingga hari ini, dua laporan polis telah dibuat berkaitan kehilangannya. Saya telah melawat keluarga Asmawi dua hari yang lepas dan mendapat tahu bahawa laporan polis yang kedua adalah berkaitan sms yang telah dihantar oleh penculik mengenai wang tebusan untuk Asmawi. Saya datang hari ini untuk menyatakan dengan jelas, kesediaan parti kami untuk berkerjasama dengan polis dalam membantu siasatan.

Initiatif yang lebih perlu diambil untuk mengelakkan tragedi seperti ini daripada berulang. Perondaan polis di kawasan perumahan perlu ditingkatkan dan dalam kes ini, di Lembah Pantai. Kehadiran pihak polis di kawasan perumahan sebegini akan mencegah kejadian sebegini daripada berlaku. Oleh itu, kami daripada pihak KeADILan mendesak pihak kerajaan untuk menpertingkatkan peruntukan bagi pihak polis supaya dapat menjalankan tugas perondaan dan pencegahan jenayah di kawasan-kawasan perumahan dengan efisien.

Nurul Izzah Anwar

Kidnapping of Asmawi Deeply Regrettable

I deeply regret the kidnapping of Asmawi bin Jalalludin , which took place in broad daylight in his neighbourhood playground. This tragedy is yet another addition to the rising number of kidnappings and brutal slayings of children in Kuala Lumpur.

I implore to the persons who have taken Asmawi to return him to his family as soon as possible.

Consequently, this brings our attention to two things. The effort to locate and subsequently return Asmawi to the safety of his family. To date, two police reports have been lodged in relation to his disappearance. In my personal visit to the victim’s family two days ago, I had learnt that the second report lodged was due to an sms seeking ransom in return for Asmawi. I have come here today to clearly state our party’s readiness to cooperate with the police in assisting with the investigations.

We need to increase the efforts taken to avoid such occurrences in the future. Police patrols in housing areas must be stepped up, and specific to today’s event – Lembah Pantai. A clear presence of police officers in such areas would help in keeping criminals or potential kidnappers at bay. As such, we from KeADILan urge for more resources and assistance from the federal government for our Royal Police force to make policing and crime prevention more efficient.

Nurul Izzah Anwar