Skip to main content

Saya telah dihubungi Encik Wan Ghazali, pegawai dari Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti (JPPPK) DBKL – dan dimaklumkan bahawa ribut yang berlaku antara jam 3 – 4 petang tersebut telah merosakkan 10 buah kenderaan di sekitar kawasan Blok 92.

Pihak DBKL juga telah bertemu dengan pemilik-pemilik kenderaan tersebut dan memaklumkan kepada mereka prosedur tuntutan kepada DBKL dan ganti rugi dari syarikat insuran.

Encik Wan Ghazali juga memaklumkan bahawa setakat jam 1 pagi tadi, Unit Bantuan Kecemasan DBKL sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa yang terhempap ke atas kereta.

Selain itu, pihak kontraktor juga dikatakan telah diarah melaksanakan kerja-kerja membaik pulih kerosakan unit rumah dan bumbung.

Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsi oleh para penduduk:

1005746_630646680288592_941213790_n

1004619_630646716955255_1469055876_n

999374_630646520288608_1306764373_n

969906_630646643621929_790734757_n

217342_630646586955268_1403502954_n

1001859_632935870050543_985611376_n

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai