Presiden Parti KeADILan Rakyat, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail, akan melawat mangsa kebakaran di Surau Balai Islam, Bukit B, Kg. Kerinchi, Pantai Dalam pada hari Sabtu, 4 Julai 2009, jam 10 pagi.
Beliau akan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran ketika membuat lawatan.
Bantuan dalam apa jua bentuk amat diperlukan dari orang ramai.
Sila hubungi Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai ( 03 – 2240 9475 / 76 ) untuk pertanyaan lanjut.
Mangsa-mangsa kebakaran kehilangan segalanya. Tolonglah bantu mereka yang amat memerlukannya.