Skip to main content
Education

Suara KeADILan – Nurul Izzah bela penduduk

By 5 June, 2008February 18th, 2020No Comments

Nurul Izzah bela penduduk

Isnin, 2 Jun 2008 • Kategori: Kuala LumpurAhli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berusaha sedaya upaya membela nasib di kawasannya.

Banyak aduan yang telah dilaporkan dengan masalah penduduk setempat yang yang dikaitkan dengan pihak DBKL. Masalah ini berlanjutan semenjak kawasan itu menjadi milik Umno/BN.

Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat ialah penjaja gerai yang ditindas oleh DBKL, masalah loji kumbahan najis yang berbau dan lain-lain.

Masalah penduduk ini berlarutan semenjak Umno/BN menguasai tempat itu.

Beliau menyatakan kenyataan tersebut ketika ditemui Suara Keadilan ketika menghadiri majlis perkahwinan penduduk di Kampung Pasir 1 Jun lalu.

Beliau yang mempunyai jadual yang padat dari awal pagi hingga ke petang telah berkunjung ke sembilan majlis perkahwinan di sekitar Lembah Pantai termasuk menziarahi orang sakit dan meninggal.

“Dari awal pagi saya menziarahi orang sakit dan meninggal seterusnya menghadiri majlis perkahwinan sampai sembilan majlis.”, kata beliau.

“Pusat aduan khidmat masyarakat kami akan dirasmikan tak lama lagi, kepada sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan silalah berkunjung ke pejabat kami.”, tambah beliau.