Pada 5 Mei 2010, penghuni-penghuni rumah kongsi berhampiran bangunan UOA di timpa kemalangan yang menyebabkan kebakaran di kawasan tersebut. Pengunaan bahan-bahan untuk rumah pekerja pembinaan tersebut dan kecuaian penghuni adalah antara faktor-faktor punca kebakaran. Penghuni-penghuni di tapak tersebut bernasib baik kerana tiada kemalangan serius atau kematian menimpa mereka. Semua kos dan pembinaan semula ditanggung oleh Pengurusan UOA.
BY FADZLY ESA ON 6 MAY, 2010
TAGGED: COMMUNITY SAFETY
IN BANGSAR, NEWS.
Penghuni rumah kongsi berhampiran bangunan UOA, dekat sini cemas apabila dikejutkan dengan satu kebakaran tengah hari semalam dipercayai berpunca daripada api dapur yang tidak ditutup.
Komander Operasi Kanan Ibu Pejabat Bomba Kuala Lumpur, Letchumanan Mariappan berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kebakaran kira-kira jam 2.30 petang kelmarin, setelah dimaklumkan penghuni.
Menurutnya, seramai 22 anggota terlibat mengawal kebakaran terdiri daripada anggota Pejabat Bomba Pantai dan Balai Bomba Pusat Jalan Hang Tuah.
“Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh setengah jam dengan tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana ketika kejadian, kebanyakan penghuni tiada di rumah kerana bekerja.
“Punca kejadian masih dalam siasatan, namun ia dipercayai berpunca daripada kecuaian tidak menutup api dapur semasa memasak,”katanya.