Majlis berbuka puasa ini diadakan pada 24 ogos 2010 bertempat di PPR Kerinchi. Program berbuka puasa ini anjuran Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan, Dato’ Zaid Ibrahim dengan kerjasama Ahli Parlimen Lembah Pantai di dalam majlis ini juga YB Nurul Izzah turut menyampaikan bantuan zakat dan beras kepada 71 orang penerima iaitu warga emas, fakir miskin, ibu tunggal dan OKU.