Skip to main content
Education

Sumbangan kecil bagi Sekolah Rendah Sri Pantai

By 28 January, 2011February 5th, 2021No Comments

Assalamualaikum w.b.t

Satu majlis pemberian sumbangan yuran persekolahan bagi pelajar-pelajar miskin dan anak yatim yang tidak mampu untuk menjelaskan yuran persekolahan telah dikendalikan hari ini dengan lancar.

Pada asalnya, penyerahan ini hendak dilakukan di sekolah terbabit, namun begitu pihak sekolah mendapat arahan daripada pejabat pendidikan agar “Ahli Parlimen Pembangkang” tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah dan penyerahan terus dilaksanakan di Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Seramai 46 adik-adik pelajar Sekolah Rendah Sri Pantai menerima sumbangan ini. Walaupun pihak Kerajaan UMNO dan BN menafikan hak saya melalui peruntukan kepada Ahli Parlimen, namun begitu berkat sokongan dan dokongan, derma dan sumbangan daripada individu dan kumpulan-kumpulan bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

Kredit Gambar: Mohd Ridzuan Bin Othman