Alhamdulillah, saya diberi peluang melawat Adik Fathin menghadapi penyakit Barah Otak di rumah kediamannya di Blok E Pantai Permai. Kami dengan berbesar hati juga berpeluang menyerahkan kerusi roda. Kerana menghidapi kanser ini, adik Fathin telah kehilangan daya penglihatannya sejak 2 tahun yang lalu. Apa yang paling mengagumkan adik Fathin menyatakan cita-citanya untuk menjadi seorang pensyarah 🙂 Mari kita mendoakan semoga Adik Fathin kuat semangat dan tabah melalui ujian ini, inshaAllah.
Nurul Izzah Anwar
Kredit Gambar:
Klik Like Photography &
Mohd Ridzuan Bin Othman