Saya dengan rasa penuh sayu dan teramat dukacita menyembah ucapan takziah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan dan semua kerabat DiRaja Negeri Sembilan di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Ibn Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Dalam usia Almarhum Tuanku, Baginda adalah seorang Raja yang senantiasa berdamping dengan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat. Keprihatinan Baginda menyelami masalah dan keperitan rakyat perlu dijadikan contoh kepada semua pemimpin. Lawatan Almarhum Tuanku dan Tuanku Ampuan tatkala ayah sedang dirawat di Klinik Alpha Munich, Jerman, seperti baru semalam berlalu. Almarhum Tuanku dan Tuanku Ampuan adalah lambang pemerintah yang prihatin serta ketua yang telah berbakti kepada nusa dan bangsa.
Saya dan keluarga begitu terkesan dan merasa kehilangan di atas pemergian Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku. Semoga Allah SWT merahmati roh Almarhum.
Al-Fatihah.