Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s choice to pander to investors rather than commit to a global anti-corruption event in London speaks volumes of the state of Malaysia’s affairs. Not only does his snub of the global anti corruption conference signify misplaced sense of priorities, his overseas presence also means that he is conveniently absent from the Malaysia’s current Parliamentary sitting. Malaysians urgently need answers especially in the light of damaging international investigations of fraud and corruption related to 1MDB.
Datuk Seri Najib will launch Malaysia-UK Investor Showcase Agenda on the 16th of May, but missed the golden opportunity to address corruption allegations against 1MDB, and ultimately clear himself from the entire debacle -what is touted by Foreign Policy magazine as among the worst corruption scandals of 2015 through his attendance at London’s Global Anti-Corruption Summit on the 12th ofMay.
The Global Anti-Corruptionwas attended by world leaders from countries such as Afghanistan (President Ghani), Colombia (President Santos), Nigeria (President Buhari), Norway (Prime Minister Solberg) and the United States (Secretary of State John Kerry) and provided the best platform to showcase resolve along with other nations to root out grand corruption.
In London, Najib is expected to deliver a speech on opportunities for UK businesses in Malaysia.[1] But, efforts to attract investments into the Malaysian economy rings hollow and fruitless, if the money is at risk of becoming possibly missappropriated for the private gain of a select few at the expense of Malaysians – if the ongoing fiasco of 1MDB scandal is any guide.
The eradication of corruption is fundamental in the pursuit of economic growth.
Earlier this month, the International Monetary Fund (IMF) reaffirmed the detrimental nature of corruption to society, asserting that “corruption affects inclusive growth, that is, growth whose benefits are widely shared across the population.”[2]Their study showed that one effect corruption can have is that it inflates the costs of public spending programmes, at the risk of creating unnecessary public debt for the nation to bear.
In 2015, Malaysia ranked 54 among 168 countries, tumbling two places downwards from 2014 — a phenomenon that Transparency International Malaysia president Datuk Akhbar Satar attributes to the the recent controversy surrounding 1Malaysia Development Berhad (1MDB).[3] Out of a possible score of 100 percent, Malaysia scores only 50 percent, joining the ranks of 112 other countries with a score of 50 percent or below.[4] Since the scores were announced, the convoluted plot of corruption scandals implicating Malaysia’s top leader has only thickened.
At the other end of the spectrum is Denmark, the country perceived as being the least corrupt in the world, scoring an impressive 91 percent. Although not one single country has attained the utopian state of a corruption-free society, this does not mean that we should relieve ourselves off the responsibility and effort towards creating a clean government and just society.
In the words of the IMF, “a key catalyst for institutional change is effective leadership.”[5]
I urge Prime Minister Najib to show Malaysians the political will in eradicating corruption – starting by declassifying, in entirety, the Auditor-General’s Report on 1MDB in parliament next week; and for a fresh investigations by the Auditor-General on the latest alleged fraud involvinga deal between 1MDB and Abu Dhabi’s International Petroleum Investment Company (IPIC)[6].
I await this announcement with much anticipation tomorrow.
NURUL IZZAH ANWAR
MEMBER OF PARLIAMENT, LEMBAH PANTAI
VICE PRESIDENT & ELECTION DIRECTOR, PEOPLE’S JUSTICE PARTY (KEADILAN)
______________________________________________
Perdana Menteri wajib kembali ke Dewan Rakyat dan mengarahkan pendedahan menyeluruh laporan Ketua audit terhadap 1MDB dan pembukaan semula kertas siasatan untuk mengelakkan prasangka lanjut
Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam melancar program dwipelaburan UK-Malaysia dan bukannya melibatkan diri dalam usaha membanteras rasuah dalam Persidangan Antarabangsa Anti-Rasuah di London pada 12 Mei yang lalu menunjukkan komitmen tadbir urus yang jauh menyimpang.
Tindakan beliau bukan sahaja tersasar daripada matlamat mempromosi keperluan pelaburan negara malah memberi persepsi bahawa sidang Parlimen yang sepatutnya beliau hadiri tidak relevan atau penting.
Sedangkan Medan Dewan rakyat menjadi saksi kepada penantian rakyat Malaysia akan jawapan mengenai siasatan rasuah dan penipuan berkait pengurusan dana 1 MDB.
Tambahan lagi, Datuk Seri Najib yang bakal melancarkan Pemeran Pelaburan Malaysia-UK pada 16 Mei ini, dilihat gagal menggunakan peluang keemasan menerusi penglibatan dalam sidang anti rasuah antarabangsa untuk membersihkan nama Malaysia yang terpalit dengan skandal 1MDB – yang didakwa oleh majalah Foreign Policy antara skandal rasuah sedunia yang paling parah bagi 2015.
Persidangan ini yang dihadiri oleh beberapa pemimpin utama dunia seperti Presiden Ghani dari Aghanistan, Colombia (Presiden Santos), Norway (Perdana Menteri Solberg) dan Amerika Syarikat (Setiausaha Negara John Kerry) merupakan platfom terbaik untuk mendepani usaha melawan rasuah di peringkat global.
Di London, Najib dijangka untuk menyampaikan ucapan tentang ruang dan peluang kepada para pelabur untuk melabur di Malaysia. Tetapi usaha untuk menarik pelabur ini dilihat seakan sia-sia apabila keyakinan mereka dilunturkan menerusi skandal 1MDB yang cuba didiamkan dalam negara.
Sedangkan siasatan menyeluruh sebagai pembuktian dalam memerangi rasuah merupakan prasyarat utama dalam membina keyakinan pelabur lantas memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Awal bulan ini, IMF secara jelas menyatakan “pencabulan menerusi skandal rasuah dalam masyarakat akan memberi kesan termasuklah manfaat lanjutan yang dikongsi oleh keseluruhan populasi”. Hasil kajian ini menunjukkan salah satu kesan rasuah ialah kenaikan kos dalam pengurusan perbelanjaan awam, disamping risiko hutang merugikan yang terpaksa ditanggung negara.
Pada tahun 2015, Malaysia menduduki tangga ke 54 daripada 168 negara, merosot 2 anak tangga daripada tahun 2014. Ini adalah fenomena yang mana ditekankan oleh Datuk Kapar Satar, Presiden Transparency International Malaysia yang melibatkan kontroversi semasa berkenaan syarikat pelaburan 1MDB.
Bayangkan daripada 100 peratus skor yang sepatutnya dicapai, Malaysia hanya mampu memperoleh 50 peratus termasuk baki 112 negara yang mempunyai skor 50 peratus ke bawah. Berbekalkan bukti skor yang telah dipamerkan, hal ini telah membongkar status kepimpinan Malaysia yang terpalit dengan skandal rasuah.
Jika kita lihat dari spektrum negara lain, contoh nya seperti Denmark,negara yang menduduki kedudukan sebagai paling kurang masalah rasuah menerusi skor cemerlang 91 peratus bebas rasuah.
Walaupun tidak ada satu negara Utopia yang mencapai tahap masyarakat bebas korupsi, ini tidak bererti kita boleh melepaskan tanggungjawab dan usaha ke arah membina kerajaan yang punyai urus tadbir negara yang baik dan masyarakat yang saksama.
Kata-kata yang manjadi simbolik bank dunia IMF adalah ” kunci yang menjadi pencetus perubahan institusi adalah kepimpinan yang efektif”.
Justeru,saya seru Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak, untuk tampil dengan iltizam politik terhadap rakyat Malaysia dalam memastikan pembasmian rasuah bermula dengan pendedahan secara menyeluruh laporan yang dikemukakan oleh Peguam Negara berkenaan isu 1MDB pada sidang Dewan Rakyat esok. Harapan saya agar kertas siasatan baharu boleh dibuka semula memandangkan wujud dakwaan terkini yang membabitkan perjanjian antara syarikat pelaburan 1MDB dan Abu Dhabi’s International Petroleum Investment Company (IPIC).
Saya menanti pengumuman esok daripada pihak Datuk Seri Najib Razak dengan penuh kesabaran dan keazaman.
NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA KEADILAN