Skip to main content
Issues Affecting the RakyatParliamentSosio Ekonomi

Rumusan Ucapan Menjunjung Kasih

By 23 February, 2009February 18th, 2020No Comments

video-grab-lembah-pantai-in-dewan-2Rumusan Ucapan Menjunjung Kasih DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agung oleh YB Lembah Pantai pada 23 Februari 2009 jam 12.05 Tgh Hari:

Melihat kepada ‘kemelut’ politik dan ekonomi yang sedang kita hadapi, kerajaan perlu terbuka kepada pandangan semua pihak demi mencapai kata sepakat dalam usaha pembaikpulihan negara. Saya kemukakan empat teras tersebut dalam ucapan saya pada pagi tadi:

Pertama: Penyapaian perkhidmatan awam perlu diperkasakan, seperti mana YDPA titah semasa ucapan Baginda. Di mana keadaan ekonomi sekarang ini tidak menentu, kesemua perbelanjaan harus diteliti dengan lebih terperinci kerana wang dan dana yang digunakan dan diperolehi perlu dihargai.

Kedua: Perlunya Malaysia mempergiatkan dan memperkukuhkan hunbungan diplomatik serantau, kerana masalah-masalah sistemik seperti keadaan kewangan yang tidak stabil dan isu pelarian seperti Rohingya dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya kita memperkasakan ASEAN secara menyeluruh, bermula dengan pemansuhan Non-Intervention Policy (NIP)

Ketiga: Perlunya Malaysia mengimbangkan kepadatan penduduk di antara kawasan luar bandar dengan bandar melalui pembinaan prasarana-prasarana yang boleh memangkinkan rakyat untuk membangunkan keluarga dan memajukan kerjaya mereka di luar bandar. Pembinaan sekolah bertaraf antarabangsa di kawasan luar bandar oleh People’s Democratic Alliance (PDA) di Thailand boleh dijadikan panduan untuk menjayakan isu ini.

Keempat: Perlunya Malaysia memperkayakan sistem pendidikan, terutamanya dari peringkat rendah, kerana Malaysia menggunakan kayu ukur yang tidak tepat sekarang ini. Jika kita menggunakan kayu ukur antarabangsa, TIMMS 2007 menyatakan bahawa PPSMI sekarang ini menyebabkan sistem pendidikan Malaysia merudum dalam aspek Sains dan Matematik.

 

Dari Lobi Dewan Rakyat,

Parlimen Malaysia