Skip to main content

KENYATAAN MEDIA – MALAYSIA HARUS BANTAH PENGIKTIRAFAN BAITULMAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL OLEH TRUMP

Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah amat tidak bertanggungjawab dan perlu diperbetulkan dalam kadar segera.

Oleh itu, saya mendesak pemerintah negara-negara Islam, termasuk Malaysia, agar berani berhadapan dengan Trump bagi mempertahankan hak penduduk Palestin.

Tindakan Trump sewenang-wenangnyanya memperlekehkan sistem demokrasi global, yang giat berjuang untuk mengangkat martabat Palestin sebagai negara berdaulat.

Saya menggesa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak agar membawa isu ini di peringkat serantau, OIC dan UN secepat mungkin. Bagi saya ini amat penting bagi menghalang lanjutan peperangan yang mampu mengorbankan lebih banyak nyawa di Timur Tengah.

Usaha mengembalikan hak penduduk Palestin perlu diusahakan dengan kudrat dan langkah yang konsisten, di peringkat antarabangsa. Malaysia sebagai salah satu negara Islam berkemampuan harus memainkan peranan sebagai pendokong hak masyarakat Muslim global, melalui cara diplomatik yang tegas dan berterusan.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHAN RAYA BERSAMA, PARTI KEADILAN RAKYAT