Pada 15 November 2008 yang lalu, satu demonstrasi membantah pemasangan meter tempat letak kereta (parking metre) telah diadakan oleh penduduk yang bertempat di Pasar Seri Sentosa. YB Nurul Izzah bersama media turut hadir bagi memberi sokongan. Menurut YB Nurul Izzah, bantahan terhadap pemasangan meter oleh DBKL ini merupakan tindakan yang membebankan rakyat. Ia juga adalah kesinambungan bantahan besar-besaran yang telah dimulakan pada 21 Julai yang lalu dengan kerjasama Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan diketuai oleh Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.