Skip to main content
Issues Affecting the RakyatLembah PantaiPantai Dalam

Draf KL2020: DBKL Perlu Tangguhkan Operasi Perobohan Gerai &Setinggan

By 17 June, 2008February 18th, 2020No Comments

Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 masih lagi diperingkat perbincangan dan menuntut pandangan dari seluruh rakyat. Kami berterima kasih atas tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menerima pandangan kami untuk bersetuju memanjangkan sesi pendengaran awam hingga 31 Ogos 2008.

Sehubungan dengan itu kami selaku ahli Parlimen yang mewakili seluruh rakyat Kuala Lumpur berharap agar pihak DBKL menangguhkan dahulu sebarang operasi penguatkuasaan seperti perobohan gerai penjaja dan juga kawasan kediaman yang diklasifikasikan sebagai setinggan sehinggalah Pelan berkenaan digazetkan dengan mengambil kira pandangan semua pihak.

Pada masa ini kami menerima banyak aduan dari penjaja dan juga rakyat yang tidak berpuashati dengan operasi yang dilakukan oleh DBKL yang menyebabkan mereka mengalami banyak kerugian. Diharapkan pihak DBKL memberikan mereka peluang untuk turut serta dalam memberikan pandangan alternatif terhadap masalah mereka dan mencari jalan penyelesaian untuk diselaraskan dengan Pelan yang bakal digazetkan.

Walaubagaimana pun, cadangan ini tidak meliputi operasi yang melibatkan Pendatang Tanpa Izin yang berniaga secara haram atau tinggal melebihi dari tempoh yang dibenarkan.

Diharapkan DBKL dapat mengambil sikap yang lebih prihatin dalam melayani sebarang permasalahan yang ditimbulkan agar pembangunan yang dicadangkan memenuhi aspirasi rakyat dan tidak memberikan kesan buruk pada rakyat, alam sekitar dan generasi yang akan datang.


Sekian. Terima Kasih.

“Berkhidmat Untuk Rakyat”

 

YB. Tan Sri Khalid Ibrahim
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

YB. Dr. Tan Seng Giaw
Ahli Parlimen Kepong

YB. Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh

YB. Dr. Lo’lo’ Mohammad Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa

YB. Fong Kui Lun
Ahli Parlimen Bukit Bintang

YB. Wee Choo Keong
Ahli Parlimen Wangsa Maju

YB. Tan Kok Wai
Ahli Parlimen Cheras

YB. Tian Chua
Ahli Parlimen Batu

YB. Lim Lip Eng
Ahli Parlimen Segambut

YB. Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai