Maklumat dari Biro Aduan Dan Masyarakat, Pejabat Parlimen Lembah Pantai
Aduan telah dibuat kepada DBKL dan tindakan susulan sedang diambil.
Laporan dari Pegawai Alam Flora Zon Pantai Dalam:
Isu tersebut telah dimajukan ke pihak DBKL/JKA melalui Pejabat Cawanagn Lembah Pantai untuk tindakan. Masalah yang timbul kerana lantai simen bengkel runtuh dan menutup longkang. Justeru perlu kerja-kerja merobohkan bengkel dan membina struktur longkang baru. Pihak Alam Flora telah melakukan kerja-kerja menggunakan mesin penyedut sebelum ini tetapi tidak berhasil.