Skip to main content
Issues Affecting the RakyatParliament

Jawapan Soalan Bertulis-isu penembusan internet yang terlampau rendah

By 25 December, 2009February 18th, 2020No Comments

Soalan

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [LEMBAH PANTAI] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyenaraikan usaha-usaha kerajaan dalam memastikan matlamat penembusan perkhidmatan Internet jalur lebar WiMAX di seluruh negara dapat mencecah tahap 50% seperti yang diharapkan, sedangkan Pulau Pinang sekarang hampir mencecah tahap 100% penembusan menerusi program WiMAX@Penang.

Jawapan
Yang Berhormat,
Pelan Pelaksanaan Jjalur Lebar Nasional telah menetapkan sasaran 50% kadar penembusan mengikut isi rumah pada hujung tahun 2010, melalui pelbagai teknologi, bukan hanya teknologi WIMAX. Pelan ini merangkumi strategi pelaksanaan bagi kedua-dua aspek penawaran dan permintaan untuk semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Dari aspek penawaran, usaha-usaha akan difokuskan dalam dua kategori jalur lebar yang telah ditetapkan iaitu:
a) Jalur lebar untuk orang awam dengan kelajuan purata sehingga 2Mbps dan dilaksanakan melalui pelbagai teknologi jalur lebar talian tetap dan tanpa wayar seperti 3G/HSDPA dan WiMAX; dan
b) Jalur lebar berkelajuan tinggi bagi kawasan-kawasan perniagaan / ekonomi dengan kelajuan melebihi 10Mbps dilaksanakan melalui teknologi talain tetap.
Mengikut statistik, kadar penembusan jalur lebar isi rumah di Pulau Pinang untuk suku kedua tahun 2009 adalah sebanyak 36.5%. Kadar penembusan ini dijangka meningkat kepada 39.0% pada suku ketiga 2009. Sasaran yang ditetapkan pada akhir tahun 2009 bagi Pulau pinang adalah 49.0% dan seterusnya 78.4% pada akhir tahun 2010.