Skip to main content
Education

Kempen di pilihanraya kecil Tenang :)

By 28 January, 2011February 5th, 2021No Comments

Assalamua’laikum w.b.t

Saya ke Tenang untuk berkempen bersama Cikgu Mala dalam PRK DUN Tenang pada 25 dan 26 Januari 2011 beberapa hari yang lalu. Hari pertama berkempen, kami melawat rumah ke rumah estet India dan juga kedai-kedai sekitar Pekan Tenang. Sambutan amat mengalakkan dari orang Tenang. Saya amat tertarik apabila melawat kawasan estet yang kebanyakkannya anak-anak murid kepada Cikgu Mala dan suaminya. Bahkan Cikgu Mala dan suami masih mengingati setiap nama anak muridnya..:)

Pada malamya pula, saya berceramah di Kg Sawah Baru, Felda Tenang dan Dataran Cikgu Mala, sambutan yang sungguh luar biasa membuktikan masyarakat Tenang inginkan perubahan dalam PRK kali ini. Saya kagum dengan kepetahan Cikgu Mala berucap dan ketabahan dan karisma wanita ini yang bakal menggegarkan Tenang!

Hari kedua berkempen begitu meriah sekali kerana keadaan hujan lebat di Tenang memaksa kami meredah tempat hingga berbasah kuyup. Saya hadir ke Pasar Labis dan kedai-kedai di sekitar. Saya yakin kemenangan akan bersama dengan Pakatan Rakyat ! InsyaAllah.

Kredit Gambar: Mohd Ridzuan Bin Othman