Skip to main content
Education

LARANGAN BERPOLITIK BAGI MAHASISWA/WI

By 11 August, 2010February 5th, 2021No Comments


(image)

Saya begitu kecewa mendengar keputusan TPM dan Menteri Pengajian Tinggi yang melarang mahasiswa dan mahasiswi daripada melibatkan diri dalam bidang politik. Impian serta harapan awal pelbagai pihak (termasuk pimpinan mahasiswa yang saya temui ketika upacara konvokesyen Universiti Malaya) yang menghadiri sidang meja bulat bersama MBM, Ketua Pemuda UMNO, TPM dan juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Sudah tiba masanya pimpinan kerajaan berhenti dengan retorik murahan yang boleh disamakan dengan satu bentuk penipuan dan ‘personal relations’ stunt dengan kegagalan menggandingkan ruangan dialog dan janji mulut dengan langkah konkrit membenarkan para mahasiswa dan mahasiswi bebas berpolitik. Saya mungkin sinis pada awalnya apabila mendengar tentang pertemuan yang diadakan antara pimpinan mahasiswa dan pimpinan kerajaan BN. Malangnya, sikap sinis tersebut sememangnya terhasil melalui kekangan berterusan BN melalui penguatkuasaan AUKU yang lapuk lagi ketinggalan zaman.