Minggu lepas, saya serta beberapa teman PKR lain telah melawat Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad di Jln Pantai Baharu, Bangsar. Tujuan saya melawat adalah untuk mengenal pasti apakah isu-isu yang dialami oleh pekerja TNB semasa menjalankan tugas masing-masing di Lembah Pantai. Pelbagai feedback telah diperolehi dan sekarang saya telahpun menyelesaikan beberapa perkara yang dibangkitkan. Sekiranya terdapat apa-apa aduan lain, sila kemukakannya di pejabat saya, insyallah jika mampu saya selesaikan, saya akan usahakannya.