Sambutan Ramadhan semakin terasa dengan pelbagai ibadah sunat dilakukan termasuklah pengagihan bubur lambuk secara percuma kepada muslimin dan muslimat.
Majlis gotong royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada masyarakat sekitar Lembah Pantai turut diadakan pada 20 ogos 2010 di Perumahan Pantai Permai. Turut serta di dalam gotong royong ini masyarakat setempat. Sebanyak 1300 bungkus bubur lambuk diagihkan di Stesen LRT Universiti dengan kehadiran YB Nurul Izzah Anwar selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai yang turun bertemu mata sambil mengagihkan bubur lambuk bersama masyarakat Lembah Pantai.