Pada Akhir Feb 2009, saya telah menyertai Perbahasan Titah Diraja pada sesi Parlimen yang lalu. Saya telah merungkai beberapa isu berkenaan dengan Rohingya, kesan ekonomi yang dialami negara berkenaan dengan kes-kes pelarian negara dan juga dasar pengambilan pekerja asing di Malaysia.
Pertanyaan: YB Lembah Pantai minta Kerajaan menangani masalah pelarian Rohingya dan isu kemasukan warga asing yang banyak menimbulkan masalah dari segi sosial dan ekonomi. Klik sini untuk jawapan Menteri.
Pertanyaan: YB Lembah Pantai pula menyatakan terdapat kira-kira 17,000 orang yang telah memohon mykad hijau di Sabah tetapi hanya 1000 orang sahaja yang diluluskan. Klik sini untuk jawapan Menteri.
Pertanyaan: YB Lembah Pantai pula minta Kerajaan menyatakan bilakah kali terakhir Kerajaan mengkaji dasar pengambilan pekerja asing dan mencadangkan supaya perlu ada dasar yang jelas untuk mengatasi masalah lebihan pekerja asing di negara ini. Klik sini untuk jawapan Menteri
Pertanyaan: YB Lembah Pantai juga minta Kerajaan menyatakan berapa ramaikah pekerja asing yang memasuki negara ini sama ada berdaftar atau tidak dan apakah tindakan Kementerian bagi menangani masalah kebanjiran pekerja asing yang berlaku. Klik sini untuk jawapan Menteri.