Skip to main content
Education

Pasar Malam Kerinchi

By 27 May, 2010February 5th, 2021No Comments

Saya ke pasar malam Kg.Kerinchi lepas Asar kelmarin, 24 Mei 2010 pukul 5:30 ptg. Dalam lawatan tersebut, kami juga sempat mengedarkan Buletin KANTA Lembah Pantai kepada seluruh pengunjung pasar malam serta penduduk sekitar. Saya juga berkesempatan berjumpa dengan Hj. Hashim, Pengerusi jawatankuasa BERTINDAK rumah pangsa 4 tingkat, dan En. Mat Safar, Pengerusi Persatuan Penduduk (peneroka) Bukit B Kerinchi Balai Islam turut bersama.

Dalam pada itu, kami berpeluang mengadakan perbincangan dengan AJK-AJK tingkat 4 yang tidak puas hati dengan pengendalian sesetengah pihak. Semasa kunjungan, sempat juga saya menanyakan masalah peniaga-peniaga, sudahkah mereka mendaftar dengan persatuan penjaja, aspek-aspek penting untuk mereka meniaga dengan lebih mudah.

Kalau ke pasar malam, tidak lengkap kalau tidak beli makanan sedap– Contohnya, sate daging, keropok leko, nasi kerabu. World-class!