Skip to main content
Education

Pelancaran Kempen “Kembali Pada Rakyat” 18 May 2009

By 17 May, 2009February 18th, 2020No Comments

KEADILAN Lancar Kempen “Kembali Pada Rakyat” malam ini (18 Mei)

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan melancarkan Kempen Penerangan “Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat” pada jam 9 malam ini (18 Mei) di  Taman Medan, Petaling Jaya Selatan (Dataran Pasar Malam), PJS 2D/7 (Markaz PAS PJS).

Yang turut hadir dalam ceramah perdana malam ini adalah Ketua Pembangkang YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor YB Tan Sri Khalid Ibrahim, ADUN Perak YB Chang Lih Kang (Teja) dan YB Kesavan (Hutan Melintang), serta ahli jawatankuasa PAS Pusat Ust Idris Ahmad.

Kempen “Kembali Pada Rakyat” ini bakal diteruskan ke seluruh pelusuk negara dalam masa terdekat bagi memberikan penerangan berkenaan krisis politik di negeri Perak; serta menyampaikan mesej kepada rakyat umum agar bersatu menuntut hak rakyat dikembalikan.

Untuk maklumat terkini, sila ikuti laman web www.suarakeadilan.com dan www.mediarakyat.net.