Beberapa minggu yang lalu, saya telah bertemu dengan kepimpinan PAS Lembah Pantai. Justeru, kami berpeluang menbentangkan aktiviti setahun kehadapan untuk Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Pihak PAS juga telah membentangkan perancangan aktiviti mereka.
Pendek kata, kedua-dua pihak membincangkan bagaimana kerjasama diantara satu sama lain dapat dipertingkatkan lagi. Mereka juga membincangkan beberapa strategi sebagai persediaan untuk berhadapan PRU13 nanti. Insyallah, dengan kerja keras, dan berkat doa, dapat dilaksanakan.
Turut hadir YDP PAS Lembah Pantai dan pimpinan utama kawasan Lembah Pantai.