Saya telah dijemput bagi menghadiri satu majlis suaikenal dengan jawatankuasa Gereja Tamil Methodist dan Jawatankuasa Kuil Buddha di Sri Sentosa. Majlis yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu turut disusuli dengan sesi dialog. Pelbagai permasalahan setempat telah dibangkitkan dan yang lebih penting, kami membincangkan tentang bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan. Bagi saya matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang harmoni menjadi fokus utama dalam memikul amanah sebagai wakil rakyat di Lembah Pantai. Perbezaan fahaman politik, latar belakang kaum dan agama tidak seharusnya menjadi penghalang dalam memastikan keadilan tubuh subur. Moga jalinan keakraban ini berkekalan dan mampu menjadi pohon yang memayungi rakyat terbanyak.