Skip to main content
Education

Perjumpaan tergempar dengan penjaja Brickfields

By 23 July, 2010February 5th, 2021No Comments

Saya bersama staff dari pejabat membuat lawatan mengejut pada 21hb Jul 2010 kira-kira pukul 11:30 pagi apabila mendapat aduan bahawa penjaja Brickfields dipindahkan sementara ke Jalan Chan Ah Tong.

Penjaja-penjaja mengadu akibat tiada kemudahan asas yang dijanjikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dato Saravanan.

Impak sebegini amat negatif kerana menggambarkan sesuatu inisiatif atau usaha kerajaan akan gagal sekiranya rakyat tidak merasakan mereka diangkat dan meringankan beban mereka.

Dan apabila hujan kesemua gerai-gerai dimasuki air kerana tiada sistem perparitan yang lengkap.

Berikut adalah masalah-masalah yang diutarakan oleh penjaja-penjaja:

1) Tiada pintu/pagar untuk menyimpan barang dengan selamat.
2) Tiada sistem perparitan/longkang untuk air hujan mengalir keluar.
3) Tiada bumbung semasa hari hujan maupun panas.

4) Ruang atas kedai tidak selamat boleh dimasuki pencuri.
5) Rumah sampah tidak teratur.
6) Tandas baru tidak berfungsi dan tiada pekerja untuk mencuci.

Mengikut pengusaha gerai makanan, mereka dipindahkan secara paksa oleh DBKL walaupun kemudahan asas tidak lengkap.

Sila baca dengan lebih lanjut dalam artikel FMT  di sini