Skip to main content
Education

PERUTUSAN HARI DEEPAVALI

By 22 October, 2014February 5th, 2021No Comments

Tahun 2014 ternyata membawa bersama cabaran demi cabaran yang tidak mudah buat kita semua.

Masyarakat kita diuji dengan seribu satu ujian, daripada tragedi, hinggalah kepada usaha serta anasir yang ingin memecah-belahkan masyarakat.

Simboliknya, buat kita semua Deepavali merupakan perayaan menyambut kemenangan – sinar cahaya melawan kegelapan yang melanda; kebaikan memerangi kejahatan serta kesedihan yang diatasi menerusi harapan.

Keazaman berlandaskan semangat harus diterapkan dalam menjadikan Malaysia, selaku tanah tumpah darah kita semua, jauh lebih baik.

Tanpa cahaya ilmu, negara tidak akan maju, malah kita tidak akan berjaya keluar dari kepompong kejahilan. Malaysia tidak akan dapat keluar dari perangkap perbincangan picisan ke arah perbincangan sains dan teknologi. Dengan ilmu, politik rasis sempit dan agama dapat digantikan dengan politik idea yang matang. Ayuh bina bangsa Malaysia dengan ilmu yang menyinari kegelapan.

Menghimpunkan empat warisan tamadun hebat dunia di mana duanya antara tertua dunia, potensi Malaysia tiada batasan. Budaya dan nilai Confucius dari Cina, Mahabrata dari India, keagungan perdagangan Nusantara serta kehebatan Borneo resipi kepada keunikan Malaysia. Jika perbezaan yang ada dihalusi dengan baik, Malaysia pasti jadi kuasa dunia.

Buat penganut agama Hindu di Malaysia! Deepavali Nal Valthugal!