Skip to main content
Education

Perutusan Ramadhan 1435 Hijrah

By 28 June, 2014February 5th, 2021No Comments

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah Al-‘Asr, ayat 1-3)

Sekali lagi kita diberi peluang oleh Allah SWT, Tuhan sekelian Alam untuk menempuh Ramadhan yang mulia.

Sekali lagi Allah SWT telah memilih kita, serta memanjangkan lagi umur kita supaya kita dapat membakti diri dalam mendapat keredhaanNya

Ketibaan Ramadhan al-Mubarak ini pastinya akan disambut meriah dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan ibadah yang pasti bertambah.

Pun begitu, jangan dilupa, ibadah bukan lah tertakluk pada solat dan berpuasa semata – mata; ternyata ibadah bermula dgn tanggungjawab tersebut tetapi meluas konsepnya.
Yang perlu dipastikan adalah supaya ibadah diterapkan dalam kehidupan seharian kita.

Ibn Taimiyyah berpendapat bahawa ibadah adalah semua perkara yang disukai dan diredhai oleh Allah s.w.t . Hal  ini bermakna selain daripada ibadah khusus seperti, sembahyang, puasa, zakat, dan haji perkara-perkara seperti bercakap benar, menunaikan amanah, bantu-membantu sesama umat manusia, bekerja dengan ikhlas dan menunaikan tanggunjawab juga termasuk sebagai ibadah yang disukai oleh Allah S.W.T.

Secara ringkasnya, segenap aspek kehidupan sekiranya diniatkan kerana Allah Tuhan Pencipta Alam adalah ibadah yang akan dapat membuka pintu keredhaan dari Allah.

Ka’ab bin Ujrah ra berkata : Pada suatu ketika seorang lelaki di hadapan Rasulullah saw yang sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya. pabila mereka melihat kepantasan dan kecerdasan orang itu, mereka berkata : “Wahai Rasulullah, alangkah baiknya jika dia menjadi tentera berperang di jalan Allah.”

“Rasulullah saw bersabda : “Sekiranya ia keluar untuk menyara hidup anak-anaknya yang masih kecil, maka ia di jalan Allah, sekiranya ia keluar untuk menyara ibubapanya yang sudah tua, maka ia di jalan Allah, sekiranya ia keluar untuk menyara hidupnya sendiri dan memelihara kehormatannya, maka ia di jalan Allah. Kalau ia keluar semata-mata untuk riya’ (menunjuk-nunjuk) dan untuk bermegah atau berbangga, maka ia di jalan syaitan.” (Hadith riwayat Tabrani)

Jadi, kita mestilah sedar dalam kita mengerjakan solat tarawih dan pelbagai lagi ibadat yang, janganlah kita membiarkan masa Ramadhan ini berlalu dengan melupakan tanggungjawab dalam hubungan sesama manusia, samada keluarga kita sendiri, jiran, kawan-kawan, tempat bekerja dan sebagainya. Sekiranya ada yang memerlukan bantuan dan kita mempunyai upaya untuk membantu, bantuan yang diberikan adalah ibadah jua di sisi Allah.

Semoga Ramadhan membawa berkat kepada semua! Ramadhan Mubarak!