Skip to main content
Statements

Perutusan Tahun Baru Cina 2014

By 30 January, 2014February 18th, 2020No Comments

Salam Sejahtera,

Tahun 2014 bakal menjadi lebih mencabar untuk kita semua. Seperti kuda yang gagah berani, kita mestilah berani mendepani cabaran yang bakal melanda dengan hati yang cekal. Kita tidak boleh membiarkan cabaran ini menghalang kita daripada berusaha dengan lebih cekal lagi. Bak kata pepatah Inggeris, “When the going gets tough, the tough gets going.”

Tahun Kuda Kayu pada kali ini melambangkan sikap saling bantu membantu yang patut dicontohi. Semangat ini perlu diutamakan, terutama di kala kestabilan ekonomi negara kita sedang dalam keadaan tenat.

Malaysia merupakan tanah air kita yang tercinta. Inilah tanah tumpah darah kita. Bumi yang mengumpulkan masyarakat dari pelbagai rumpun, kaum, agama dan budaya. Walaupun kita mempunyai perbezaan-perbezaan ini, ia sepatutnya tidak menghalang kita daripada bersatu padu, untuk mengharungi sebarang cabaran yang muncul di hadapan kita. Kita tidak akan gentar, kerana persahabatan serta persefahaman kita antara satu sama lain akan menjadi lebih kuat.

Saya mendoakan agar kita semua akan mendapat kejayaan dalam apa jua yang kita usahakan sepanjang Tahun Kuda yang bakal menjelang. Semoga Malaysia dan rakyatnya akan memperoleh kesejahteraan sepanjang tahun baru ini.

Gong Xi Fa Cai

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai