Program : Gotong-royong bersama penduduk di Taman Lucky dan Taman Suria, Jalan Puchong.
Tarikh : 15 ogos 2010
Masa : 9 pagi
Tempat : Taman Lucky dan Taman Suria
Anjuran : Kelab sukan dan sosial Puchong dengan kerjasama Persatuan penduduk Jalan Puchong
Jemputan : YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)
15 Ogos 2010, YB Nurul Izzah telah turun ke program gotong royong yang dijalankan di Taman Lucky dan Taman Suria khas untuk membersihkan persekitaran Taman Lucky dan Taman Suria. Gotong royong mendapat sambutan daripada pengusaha kilang dan penduduk untuk membersihkan kembali persekitaran Taman Lucky.
YB Nurul Izzah juga sempat melihat keadaan sekitar kilang dan beberapa kemudahan yang perlu ditambah terutamanya sistem perparitan di kawasan sekitar kilang.
Beberapa penduduk juga sempat mengadu masalah yang dihadapi seperti Jalan Rizab yang diguna untuk kepentingan perseorangan dan memerlukan pemantauan DBKL.
YB Nurul Izzah sempat melawat ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang dimenempatkan seramai 15 orang kanak-kanak kurang upaya untuk pemulihan
Rabiatul Adawiah Binti Abdul Rahim
Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai