Saya kagum melihat Puan Juriah serta Jawatankuasanya di bawah Biro Kebajikan Wanita PPR Kerinchi dalam menganjurkan program Kesihatan dan Keselamatan di Blok D pada hari Sabtu, 24 Januari 2009.
Alhamdullillah sambutan agak hangat dengan pelbagai aktiviti kesihatan yang dijalankan dengan penuh jayanya oleh para kakitangan Hospital Kuala Lumpur, diketuai Dr. Shahbahiah.
Para penduduk yang serta (termasuk saya!) memperolehi maklumat terkini tentang tahap kesihatan mereka dan mereka yang perlu, telah dinasihatkan oleh doktor/jururawat untuk ke hospital dalam mendapatkan khidmat selanjutnya. Yang penting, semua akur dan faham betapa pentingnya mengamalkan cara hidup yang baik untuk terus hidup dalam keadaan yang sihat dan cergas.
Insyaallah, kita akan mendokong dan memberi sokongan untuk memastikan banyak lagi program sebegini diadakan pada masa hadapan.