Tidak seperti tahun-tahun yang lain, kali ini Hari Raya Eid Adha lebih meriah kerana disambut bersama keluarga baru saya, warga Lembah Pantai. Pada 8 Disember lalu saya bersama Pegawai-Pegawai telah berkesempatan mengunjungi beberapa kawasan yang menjalankan ibadah qurban di sekitar Lembah Pantai.
Antara tempat yang sempat dilawati adalah:
– PPR Kerinchi Blok B
– Surau Nurhidayah Pantai Permai
– Surau Ihsaniah (Blok 4), Kondo Rakyat,
– Masjid Ar-Rahman Bin Auf, Batu 5 1/2, Jalan Puchong.
– Surau Al Syakirin, PPR Muhibah Jalan Puchong.