Skip to main content
Issues Affecting the RakyatUndang-Undang

Rang Undang-Undang Jenayah (pindaan)

By 25 March, 2009February 18th, 2020No Comments

Pada 24hb Mac 2009, saya sempat bangun memberi hujah berkenaan cadangan Rang Undang-undang (RUU) Tatacara Jenayah (pindaan) 2004 iaitu berkenaan menggunakan rakaman digital dalam rekod prosiding mahkamah. Wow.. nampak seperti sistem perundangan kita melangkah setapak lagi dalam transformasi maklumat keterangan..

Memang tujuan RUU ini adalah baik iaitu untuk memastikan perjalanan mahkamah agar lebih lancar tepat dan sofistikated..

Satu persoalan timbul… adakah ini satu lagi bentuk kosmetik yang mahu ditonjolkan kerajaan dalam menutup keaiban yg amat menjolok mata selama ini.. Mengapa saya berkata sedemikian? Dibawahk adalah teks ringkas hujahan saya sebentar tadi..

Pertamanya saya ingin mengucapkan …… [

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan PM di atas usaha yang memberansangkan ini –usaha untuk mempercepatkan proses keadilan yang berlangsung di mahkamah-mahkamah di Malaysia dan memperkenalkan proses yang lebih efisyen untuk semua rakyat Malaysia dalam menikmati sistem perundangan yang lebih adil.

 

Walau bagaimanapun, tidak dapat kita nafikan bahawa Pengenalan RUU ini berlaku tatkala kita berhadapan dengan kepincangan profesionalisme yang serius di dalam institusi-intitusi demokratik Negara, terutamanya kepada kepincangan dalam system kehakiman Negara , yang perit dirasakan oleh bukan sahaja pengamal undang-undang yang prihatin di Malaysia, tetapi juga rakyat Malaysia secara amnya.

 
Justeru dari segi pinggiran, perubahan atau ‘reform’ ini dialu-alukan. Tetapi ianya bersifat teknikal, perubahan yang diharapkan dapat memperbaiki sistem perjalanan mahkamah.
Pada masa yang sama, kita wajib meneliti intipati kandungan badan kehakiman itu sendiri. Kalau manusia di dalamnya rosak tidak beretika, tidak bermoral, akur kepada peras ugut dan sebagainya, seperti yang terbukti dalam rakaman video VK Lingam –di mana wujudnya kesepakatan jahat antara timbalan menteri, Jabatan Perdana Menteri, dan juga pejabat Ketua Hakim Negara –maka jelas, ‘reform’, atau proses reformasi ini wajib dijalankan pada peringkat dalaman –ataupun perubahan yang lebih substantif bukan sahaja perubahan teknikal seperti pindaan dalam Kanun Tatacara Jenayah ini.

Rakaman ada dua jenis, satu bila ianya digunakan sebagai bahan bukti –jelas dalam Suruhanjaya Diraja Menyiasat Rakaman VK Lingam, ataupun rakaman untuk prosiding mahkamah seperti yang dicadangkan dalam pindaan Kanun Tatacara Jenayah ini.

Peralatan canggih sahaja pasti gagal menaikkan martabat badan kehakiman itu sendiri.
 
Usaha untuk menaikkan martabat badan kehakiman ini gagal, apabila berhadapan bukti sahih seperti dalam rakaman video VK Lingam itu sekalipun, ianya ditolak oleh Jabatan Peguam Negara bila Peguam Negara tidak bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas mana-mana personaliti yang terbukti -dengan izin ‘fixing the highest judicial post in the country”.

Justeru, bila kerajaan beralih kepada keperluan melakukan perubahan kecil-kecilan , ia, sesuatu yang dibanggakan , tetapi boleh juga dianggap seperti melepaskan batuk di tangga kalau tidak digandingkan dengan perubahan dasar yang benar-benar dapat memberi makna untuk membentuk sebuah institusi badan kehakiman yang benar-benar berwibawa.

Rakaman untuk prosiding mahkamah pula, Datuk YDP seperti yang dicadangkan:

Punyai dua teras utama yang positif:
1)    mengurangkan pembaziran masa yang berlaku di mahkamah bila proses mengambil nota yang kadangkala terlalu lama
2)    Menolong memastikan nota atau prosiding mahkamah lebih jitu dan boleh digunapakai dengan penuh kepercayaan. Sebelum ini ramai pengamal undang-undang berasa kecewa apabila wujud ‘discrepancy’ atau kontradiksi dalam apa yang berjalan dalam mahkamah dalam mana mana kes.

 

Walaupun pindaan ini tidak wajib, dimana para hakim diberikan ruang untuk terus mencatat nota, ianya penting dalam membawa sistem kehakiman Negara lebih relevan dengan keadaan semasa.

 

Cadangan saya dalam memperbaiki rakaman prosiding adalah perlu diwujudkan cara untuk memastikan keterangan bersifat digital atau sebagainya tidak boleh di pinda atau diubah –dgn izin tampered with.

 

Sekian sahaja Datuk YDP, saya mohon menyokong