Saya akan merungkai secara ringkas isu pembelian hak konsesi air negeri Selangor.
Buat masa ini, terdapat dua pihak yang ingin membeli hak konsesi pengendalian air di Selangor, yakni:
- Kerajaan Pusat
- Kerajaan Negeri Selangor
Kedua-dua pihak diatas telah menghantar ‘proposal’ masing-masing kepada syarikat pengendali air. Di dalam dokumen tersebut, terdapat beberapa isu penting yang ingin saya utarakan:
Jika pihak kerajaan pusat berjaya membeli hak konsesi air, maka berikut akan terjadi:
- Tarif air akan naik 31%
- Tawaran harga kerajaan pusat akan melansungkan hutang sebanyak RM 6.4 billion
- Tiada lagi air percuma untuk 20 kubik meter pertama
Jika pihak kerajaan Negeri Selangor (naungan Pakatan Rakyat) berjaya membeli hak konsesi air, maka:
- Tarif air akan TURUN sebanyak 25%
- Air percuma (20 kubik meter pertama) akan diteruskan.
- Harga kontrak jauh lebih murah berbanding Kerajaan Pusat.
Syarikat Bekalan Air Selangor [syabas] merupakan antara salah satu syarikat perkhidmatan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan. CEOnya, Tan Sri Rozali Ismail mendapat gaji sebanyak RM 425,000/- sebulan (RM5.1 juta setahun).
Adakah ini wajar?
Saya kira kita punya tanggungjawab sosial untuk menjelaskan kebenaran-kebenaran ini kepada rakyat. Biar mereka menilai tawaran mana memberi kesan terbaik untuk rakyat terbanyak.