Sebagaimana yang telah dijanjikan, YB Nurul Izzah Anwar telah mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Zon Petaling/Sri Sentosa dari jam 4 petang hingga 6 petang siang tadi. Program tersebut adalah usah sama antara Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan Persatuan Penduduk dan Penjaja Sri Sentosa serta penglibatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
YB Nurul juga berkesempatan melawat Pondok Polis Sri Sentosa serta mengadakan perbincangan ringkas tentang bagaimana kerjasama antara pihak Polis dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam agenda menangani isu jenayah kawasan sekitar. Turut hadir dalam program tersebut adalah wakil daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Badan-Badan Bukan Kerajaan, Pimpinan Persatuan Penduduk Zon Petaling/Sri Sentosa, wakil SYABAS, Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Kerajaan dan juga wakil Polis.