Skip to main content
MediaPress Release

Apa Ada Dalam Terma ” Pendekatan Baru?”

By 7 November, 2008February 18th, 2020No Comments

Saya kira seluruh warga media, penganalisa ekonomi serta pakar-pakar yang serba tahu tentang belanjawan salah besar pabila menggelar penggulungan bajet 2009 oleh Menteri Kewangan Baru, DS Najib Tun Razak sebagai “essentially a revised budget”. Ahli Parlimen BN sibuk bersorak, mempertahankan ucapan bakal Presiden UMNO sebagai ucapan yang membawa pendekatan baru dalam penggulungan belanjawan.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah terma pendekatan baru digunakan -pendekatan baru yang bukan, oh seribu kali bukan, sebuah ‘revised budget’. Jadi salahkan pembangkang, salahkan media, salahkan penganalisa ekonomi yang tidak arif tentang terma apa yang perlu digunakan pabila unjuran diubah, tambahan dibuat dan target defisit dirubah oleh MKewangan kita.

Ini juga merupakan kali pertama ‘convention’ dalam parlimen diubah untuk memberi ruang kepada MK memperkenalkan ‘pendekatan-pendekatan barunya’. Kami sampai diberikan had bila boleh mencelah, dan buat peringkat pertama, diam sahaja ya.

Saya bukan mahu melemparkan segala usaha kerajaan untuk cuba memulihkan keadaan. Tetapi sekurang-kurangnya, buatlah dengan ikhlas, terbuka dan dengan kesediaan menyatakan, “Baik, kami sahut cadangan pembangkang yang sebaik sahaja dibuka sesi parlimen, mohon diberikan revised budget dengan unjuran terkini. Dan terus kita maju ke hadapan.”

Inilah baru dikatakan pendekatan baru.

Teman-teman, saya lampirkan dokumen belanjawan alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan kira-kira seminggu sebelum ucapan penggulungan bakal Presiden UMNO. Kami cadangkan bajet mengembang juga, ya, tapi dengan unjuran defisit yang lebih berhemah mengambil kira usaha mengekang monopoli, ketirisan dan pemusnahan pemberian AP yang tempang.

1. Saranan Bajet oleh Pakatan Rakyat (Bahasa Melayu.doc)
2. Saranan Bajet oleh Pakatan Rakyat (Bahasa Inggeris.doc)