Sempena 16 mei 2010, saya setulusnya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pembimbing anak-anak Malaysia yang diraikan pada tarikh tersebut. Keadilan beserta Pakatan Rakyat sentiasa komited memperjuangkan gaji yang lebih lumayan untuk para guru selaras dengan usaha gigih dan bebanan yang kian bertambah.
Semoga persaingan yang sihat antara Pakatan Rakyat dan kerajaan dalam mengetengahkan dasar terbaik demi para guru akan mengukir masa depan yg lebih selesa untuk tenaga pengajar negara . Justeru Pakatan Rakyat akan terus memantau untuk memastikan usul-usul yang dibuat Kementerian Pelajaran Malaysia, antaranya mengkaji beban tugas guru dilaksanakan sebaik mungkin.
“sayangi gurumu!” : Nurul Izzah Anwar