Skip to main content
Education

Selamat Hari Wesak

By 17 May, 2011February 5th, 2021No Comments

Hari Wesak merupakan hari memperingati kelahiran, pencerahan, dan kematian Siddharta Gautama Buddha, hari terpenting bagi penganut agama Buddha. Pada hari ini, perjalanan hidup Siddharta Gautama Buddha mencari pencerahan menjadi contoh dan ikutan buat setiap penganut agama Buddha.

Malam semalam saya telah melawat kawasan Brickfields di mana persiapan sambutan Hari Wesak sedang rancak dijalankan. Saya juga berkesempatan bertemu dan disambut oleh Chief High Priest of Malaysia, The Most Venerable Datuk K Shri Dhammaratana, yang kebetulan dikunjungi juga oleh Ahli Parlimen Sri Lanka, Rosy Senanayake. Kemeriahan pra sambutan Hari Wesak dapat dirasakan daripada taaruf yang kami nikmati bersama.

Saya berasa gembira bahawasanya kita di Malaysia masih mampu menyaksikan perayaan pelbagai budaya dan agama dalam situasi yang aman dan tenteram. Namun, keamanan ini bukanlah suatu yang datang dengan sendirinya, dan harus kita pelihara dan pupuk bersama.

Oleh itu, marilah kita sama-sama pertingkatkan persefahaman sesama kita dan bekerja lebih keras demi menzahirkan sebuah Malaysia yang lebih baik.