Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera…
Berikut adalah soalan-soalan yang saya bangkitkan di dalam Sesi Parlimen Mesyuarat ke-2 bagi Penggal ke-5 ini.
Soalan Jawab Lisan
1. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan tahap pelaksanaan Jawatankuasa Media yang dicadang oleh kerajaan. Adakah Jawatankuasa Media ini hanya akan ditubuhkan setelah pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan digazet seperti permintaan industri media.
2. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan kos perbelanjaan dan status prestasi sistem kawalan udara yang menggunakan sistem Human Machine Interface yang dinaik taraf oleh Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT). Nyatakan samada sistem tersebut menepati piawai antarabangsa dan berjalan lancar.
3. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan apakah perancangan jangka masa panjang Jalan Tun Sambathan di bawah projek Little India. Nyatakan juga tempoh pengekalan laluan bas menerusi Jalan Sultan Abdul Samad dan jumlah sekolah dan tempat-tempat ibadat yang terkesan.
4. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri berapakah perbelanjaan pihak kerajaan dan Khazanah bagi kos juru runding dan butiran kos berkaitan untuk melaksanakan dan kemudian membubarkan kerjasama MAS-AirAsia
5. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pelajaran menyatakan ;
a) berapakah jumlah graduan lepasan Sarjana Muda Pendidikan Islam (SMPI) ditawarkan penempatan di sekolah bagi sesi 2012
b) mengapakah Kementerian mengambil masa agak lama untuk penempatan graduan ini?
6. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri apa tindakan kerajaan berkenaan rekomendasi-rekomendasi SUHAKAM berkait 4 inkuiri tentang pengendalian perhimpunan aman. Nyatakan juga mengapa SUHAKAM tidak dipilih untuk menyiasat perhimpunan aman Bersih 3.0.
Soalan Bertulis
7. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan jumlah surat tawaran Skim Pembiayaan Khas PPR-PA Fasa 1 yang telah diedar mengikut lokasi dan kawasan parlimen. Nyatakan juga jumlah yang menolak surat tawaran dan sebab-sebab yang diberikan.
8. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan penjelasan mekanisma pembayaran subsidi serta berapa jumlah subsidi gula, beras dan tepung yang dibayar terus kepada pembekal. Nyatakan juga nama-nama pembekal dari 2008 hingga 2012.
9. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri senarai penswastaan, kontrak yang diberikan kepada syarikat-syarikat berkaitan dengan Syed Mokhtar Al Bukhari 1998-2012?
10. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kes yang telah dimenangi dan juga yang gagal disabitkan pertuduhan melibatkan jenayah kolar putih dan rasuah oleh Jabatan Peguam Negara sejak 2002 hingga 2012. Nyatakan berapakah jumlah peratus ia berbanding keseluruhan kes yang didakwa.