Skip to main content
Education

Takziah, Beng Hock. SPRM bagaimana?

By 22 July, 2009February 18th, 2020No Comments

Dato’ Seri Najib Razak telah menyatakan bahawa sebuah inkuest akan ditubuhkan.

YB Karpal Singh berhujah di sini bahawa sebuah Suruhanjaya Di-Raja lebih baik dari sebuah inkuest.

Nathaniel Tan pula menyatakan bahawa inkuest ini hanya untuk siasat prosedur SPRM, Bukannya mencari punca nahas Beng Hock.

Malaysian Insider berkata legasi Tun Abdullah dalam melaksanakan ‘reform’nya kini luput kerana SPRM yang dulunya BPR, kononnya akan lebih ‘taring’, lebih ‘garang’ dan lebih baik dalam menangani gejala rasuah, kini gagal menyeluruh.

Alahai, apa dah jadi sekarang? Seorang lelaki maut di tangan SPRM. Utusan memberi amaran kepada Pembangkang jangan mainkan isu rasis ini. Berita Harian membunyikan nada yang sama.

Apapun, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Beng Hock dan juga kepada tunangnya.

—–

Sila baca rentetan Hannah Yeoh (ADUN Subang Jaya) tentang kisah ini. Amat menyayat hati.