Skip to main content
Education

Tamizh Puthaandu dan Vaisakhi, Selamat Tahun Baru

By 13 April, 2009February 18th, 2020No Comments

Saya semalam telah melawat kawasan Brickfields sempena ketibaan hari pertama tahun baru Tamil atau disebut Puthaandu. Dalam lawatan semalam, saya telah mendengar rentetan dan keluhan rakyat. Pelbagai pandangan dan hujahan telah diberikan kepada saya. Dengan izin tuhan, saya akan cuba selesaikan segala permasalahan yang timbul. dsc_9708

Berkenaan dengan perayaan ini, masyarakat Tamil di Sri Lanka meraikannya sebagaimana sambutan Hari Raya di mana yang tua dan dewasa akan menghadiahkan ‘duit raya’ kepada mereka yang masih bujang utamanya untuk kanak-kanak sebagai tanda kemurahan rezeki.

Bagi penduduk desa, hari ini juga diraikan dengan acara ‘arpudu’ iaitu upacara menuai hasil ladang sebagai simbolik bermulanya kitaran baru aktiviti pertanian untuk tahun akan datang.

Saya sekeluarga, termasuk ayahanda dan juga ibu tersayang pastinya berkongsi kegembiraan dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin senantiasa kekal dalam kebahagiaan.

dsc_96841Buat rakyat Malaysia berketurunan Tamil yang meraikannya, saya ucapkan Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal!

Tidak dilupakan juga buat masyarakat Sikh yang meraikan hari Vaisakhi semalam. Gagasan hari Vaisakhi yang menyeru kepada persahabatan dan pemahaman bersama sewajarnya diterapkan terutamanya dalam konteks Malaysia yang majmuk.

Ini juga sejajar dengan saranan Guru Gobind Singh Ji yang mengungkapkan: “Kemanusiaan itu sepadu, kita semua merupakan umat dari Tuhan yang satu”.

NURUL IZZAH ANWAR