Pertanyaan
Yang Berhormat Lembah Pantai juga minta Kerajaan menyatakan berapa ramaikah pekerja asing yang memasuki Negara ini sama ada berdaftar atau tidak dan apakah tindakan Kementerian bagi menangani masalah kebanjiran pekerja asing yang berlaku.
Jawapan dan Penjelasan
Sehingga kini terdapat seramai 2.1 juta orang pekerja asing yang berdaftar di Negara ini dan Kerajaan mengganggarkan pekerja asing tidak berdaftar atau PATI pula berjumlah dalam lingkungan satu juta orang. Dalam menangani masalah kebanjiran pekerja asing terutamanya dalam situasi ekonomi yang kurang stabil, Kerajaan telah mengambil tindakan membekukan kemasukan pekerja asing bagi sektor perkilangan elektrik/elektronik dan tekstil dan juga beberapa aktiviti berkaitan sektor perkhidmatan. Kerajaan juga telah mengarahkan majikan-majikan yang ingin menutup kilang atau mengecilkan saiz operasi agar menghantar pekerja asing mereka pulang ke negara asal.Langkah-langkah ini dijangka akan dapat mengatasi masalah kebanjiran pekerja asing di negara ini.