Skip to main content
EducationIssues Affecting the RakyatPilihanrayaPolitik

Ucapan di Majlis Pelancaran Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan

By 13 December, 2015February 18th, 2020No Comments

Tugasan kita berat,
Tidak mencukupi dengan memenangi Wilayah,
Kita seharusnya menyusun arca dalam usaha memenangi Malaysia.

Hari Ini Hari Kita,
Bukan hari umno BN.

Cukuplah mereka meranap Harapan,
serta masa depan Malaysia.

Hari Ini Hari Kita,
Lima tahun akan datang,

Malaysia pada tahun 2020,
Pakatan Harapan menang pada PRU14.

Saya bayangkan waktu itu,
Kepimpinan negara mengangkat perlembagaan persekutuan sejak merdeka sebagai tunjang utama.
Pendidikan tidak dipolitikkan dan anak anak kita di sekolah mencatat prestasi cemerlang apabila dasar konsisten yang digunakan.

Dasar pendidikan bukan lagi flip flop, sebaliknya terlaksana secara konsisten.
Menteri bertukar apabila KPI rendah; namun dasar yang diputus pasca kajiselidik tetap diteruskan.

Pada waktu itu,

Sekolah Rendah Berasrama Penuh diwujudkan di kawasan kawasan sasaran khususnya:
Kampung Kerinchi
Taman Medan
Jinjang Utara

Sekolah Rendah Berasrama Penuh ini sasarannya di kawasan di mana penduduknya berpendapatan rendah. Kita mahukan mobiliti sosial buat rakyat Malaysia.

Saya impikan juga,
Pada waktu itu,

Khususnya dalam ranking PISA – Malaysia mengatasi Vietnam! dan juga negara-negara yang lainnya.

Universiti Malaya dan IPTA-IPTA lain terus meningkat dalam ranking QS apabila dana belanjawan semua universiti dikembalikan daripada dana yang dipotong pada bajet 2016 Barisan Nasional.

Saya bayangkan juga,

Harimau Malaya merangkul gelaran juara Asia Tenggara apabila FAM dirombak dan pemain yang layak dan terbaik terpilih serta dilatih dengan penuh dedikasi.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) di bawah pengurusan yang telus dan membawa semua yang terlibat dengan jenayah kolar putih ke muka pengadilan
Tabung Haji
YAPIEM
MARA Semuanya selamat dan terjaga dengan baik.

Perasuah besar negara termasuk pemegang jawatan yang menerima derma asing tanpa audit terus disiasat didakwa serta disiasat serta merta.

Cukai GST telah diturunkan pada kadar 0 peratus.

KPDNKK memantau harga barangan dgn serius khususnya monopoli besar tanpa sifat berkecuali.

Undang-undang drakonian telah dilupus dan keutamaan diberikan kepada keselamatan taman taman perumahan dengan konsep neighbourhood policing

Tiada lagi tahanan politik yang dipenjarakan tetapi hanya mereka yang membahayakan keselamatan awam serta keselamatan perairan sempadan kita bukan membahayakan keselamatan UMNO Barisan Nasional.

Konsep yang diguna pakai ialah sayangi PDRM bukannya takuti KBAB.

Sasaran buat masyarakat miskin Melayu bumiputera tertumpu kepada kestabilan sosial.

Sasaran ekonomi kita bukan lagi GDP per capita semata-mata tetapi indikator kesenjangan ekonomi yang lebih baik – sasaran pekali GINI 0.35 menjelang 2020.

Yang miskin tidak terus papa kedana apabila telah ditetapkan kadar kemiskinan relatif pada 60 peratus dpd gaji median serumah sebulan.

Gaji median seisi rumah kini RM4,585, menjelang 2020 tentu lebih RM5,000.

Waktu itu,

Malaysia sering di sebut dibibir pemimpin dunia kerana kepimpinan yang adil, selamat dan ekonomi yang peduli rakyat dan penemuan saintifik terkini bukannya penemuan akaun peribadi Perdana Menteri dan penahanan Ketua Pembangkang.

Bayangkan teman-teman,

Antara realiti kepimpinan di bawah Pakatan Harapan.

HARI INI HARI KITA,
Pastikan 2018 milik kita,
KEADILAN, Amanah dan DAP.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA