Skip to main content
Education

Ucapan Penggulungan Naib Presiden Kongres KEADILAN Nasional ke-10

By 25 August, 2014February 5th, 2021No Comments

MASA DEPAN MASA KITA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Yang dihormati Hj Pengerusi Tetap, Ketua Umum KEADILAN, Presiden KEADILAN, Yang Berhormat Dato’ Sri Wan Azizah Wan Ismail, seluruh kepimpinan KEADILAN, para perwakilan dan para pemerhati sekalian.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nya, dilunaskan pilihan 29,712 anggota yang memberi mandat dan amanah kepada saya untuk meneruskan tanggungjawab selaku Naib Presiden. Saya terima dengan perasaan terharu dan tawaddu’.

Sedang kita mengingati yang menang; saya juga tidak lupa untuk memberi sekalung penghargaan buat Kak Fuziah, Surendran dan Sivarasa. Semestinya kita menanti penglibatan berterusan semua, walau pimpinan bersilih ganti.

Sidang hadirin:

Selamat kita langsungkan Kongres Nasional Tahunan ke-10, Parti KEADILAN Rakyat daripada hari Jumaat 22 Ogos, hingga ke hari ini.

 

PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP

Parti Keadilan Rakyat pada ketika ini berada di sebuah persimpangan yang getir; samada terus maju dan mendapat mandat memerintah negara; ataupun terus selaku pembangkang. Sesungguhnya keputusan ini ditangan kita semua.

Timbalan Presiden mengungkap sejarah Tiga Kerajaan Wei, Wu dan Shu dua hari lepas; pun begitu, ia tidak menggambarkan sepenuhnya apa yang berlaku pada waktu itu, izinkan saya menyempurnakannya:

Sedang Kerajaan Wu dan Shu berganding tenaga, Kerajaan Wei tumpas – namun hanya sementara. Mereka hanya berjaya menang apabila mereka bekerjasama kerana kuasa, dana, dan jentera Kerajaan Wei melebihi lawannya yang lain; malah kerajaan Wei menggunakan seribu satu cara melaga-lagakan Kerajaan Wu dan Shu yang sedari awal bekerjasama.

Ini boleh diibaratkan seperti pilihanraya yang lalu apabila Pakatan Rakyat hampir memenangi Putrajaya, dan menang bak Pak Jokowi.

Akibat perpecahan mereka, akhirnya, Kerajaan Wei berjaya menakluk keseluruhan negara China; walaupun kerajaan Wu dan Shu punyai ramai barisan bakat-bakat hebat seperti barisan pimpinan kita tetapi malangnya kualiti dikalahkan kuantiti pabila gandingan berpecah. Permulaan perpecahan akibat perebutan kuasa sebuah daerah antara Wu dan Shu.

Natijahnya: peluang kemenangan bagi mereka yang berdana kecil, berinfrastruktur, malah berjentera kecil, hadapi Ros yang bengis, seperti Wu dan Shu hanya muncul apabila mereka bekerjasama dengan strategik.

When you fail to plan, you plan to fail. Peluang sipi menanti – tetapi bersediakah kita melunaskannya?

MUSLIHAT KOTOR PIHAK LAWAN

Pada bulan Mei 2013, Timbalan Pengarah UMCEDEL, Amer Saifude, mendedahkan bahawa Barisan Nasional akan tetap memerintah negara ini selagi Malaysia kekal menggunakan sistem first-past-the-post dalam pilihanraya.

Keputusan pilihanraya umum ke 13 yang kita lalui, dimana walaupun Barisan Nasional cuma mempunyai 47 peratus undi popular, telah berjaya memenangi 133 kerusi di Parlimen. Tidak Ada – jurang nisbah sedemikian di Demokrasi berparlimen lain.

Malah 6 Menteri BN telah tewas, sesuatu yang sukar dibayangkan dahulu.

Sejarah telah membuktikan bahawa sejak tahun 1969, Barisan Nasional tidak pernah memenangi lebih daripada ⅔ undi, dan persempadanan semula hanya dilakukan untuk memastikan majoriti kerusi parlimen memihak kepada Barisan Nasional.

Di dalam persempadanan semula yang terakhir – 24 kerusi parlimen baru diwujudkan, dan semua menjadi milik Barisan Nasional, kecualilah satu kerusi mendiang Karpal Singh. We have enough parliamentary seats – tambahan hanya bakal memenangkan status quo!

Percayalah desas-desus bahawa 7 kerusi parlimen baru akan diwujudkan di Selangor hanya akan merugikan kita. Jangan terperangkap dengan kepentingan sempit – kalau dikekalkan sempadan serta jumlah kerusi sedia ada, kita seperti menanti kemenangan yang pasti tiba akibat kegagalan Barisan Nasional menangani tekanan ekonomi rakyat di lapangan.

Kita tidak boleh alpa, walaupun kita pernah mendapat sokongan rakyat. Sedang kita bercakaran sesama sendiri – parti lawan memikirkan jalan ke depan, sedang itulah sempadan diukir semula, dengan niat menghancurkan peluang Pakatan Rakyat dalam pilihanraya, seterusnya kekal berkuasa sampai bila-bila.

Perkenal GST Rakyat akan bangkit.

Justeru pulang saja ke rumah pastikan Cabang masing-masing Ada 100 Nama untuk membantah persempadanan yang bakal dipaksakan oleh SPR

AGENDA MASA DEPAN – JADIKAN MASA DEPAN MASA KITA

Melihatkan keadaan ini, Agenda Pemulihan Demokrasi harus jadi tumpuan kita. Di peringkat nasional sudah saya mulakan dengan penarikan semula deklarasi darurat dan pemansuhan ISA – enam bulan sebelum diangkat DS Najib; pemansuhan Akta Cetak dan Penerbitan supaya media jangan dikekang; pindaan Akta Petroleum supaya khazanah negara jangan dibolot Perdana Menteri seorang; agar hak-hak dipulangkan semula kepada negeri-negeri Sarawak, Sabah dan Kelantan, yang selama ini dinafikan oleh kerajaan pusat.

Dan buat kita, boleh sahaja bermula dengan amalan demokrasi dalam parti kita sendiri.

Pemilihan parti yang baru berakhir – yang jelas memberikan pelbagai haluan yang berbeza antara mana-mana individu. Hendak saya nyatakan, perbezaan ini haruslah kita selesaikan dengan kembali kepada asas perjuangan KEADILAN.

Keadilan dari segi pelaksanaan undang-undang – one rule that applies to everyone; keadilan untuk anak-anak bersekolah dengan kurikulum yang berkualiti; keadilan buat surirumah yang diiktiraf pengorbanannya; keadilan buat pekerja yang menerima gaji setimpal; keadilan buat rakyat untuk menikmati hasil bumi Malaysia. Keadilan itu merangkumi seluruh aspek kehidupan dan itulah perjuangan parti kita!

Keadilan juga bermaksud menidakkan dan tidak merelakan kezaliman terhadap mana-mana individu. Janganlah izinkan Ketua Umum yang sudah 16 tahun dihina, dipukul, dipenjara melalui kesengsaraan buat kali kedua.

Enough is enough.

Di persada dunia, konflik dan kezaliman berteraskan kerakusan berterusan – jangan gentar – we are change makers – menyuarakan kecaman terhadap kezaliman samada dilakukan oleh Israel atau pun Isis.

Consistent in defending Justice. – seperti yang diungkap Ketua Dan Timbalan Amk

Sidang hadirin sekalian:

Dalam pada itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat, yang telah bertungkus lumus dalam menjalankan pemilihan parti yang berlalu. Namun ingin saya suarakan disini, sistem pemilihan yang telah digunakan ada beberapa kelemahan yang terungkai.

Saya ingin mencadangkan supaya sebarang penambahbaikan perlu dibincangkan dengan teliti,termasuklah hingga ke peringkat pelaksanaan – praktikal atau tidak – supaya sistem yang digunakan kelak tidak lagi membebankan parti.

Demokrasi sepatutnya menjadi amalan yang menyerlahkan kekuatan dalaman; bukan selaku beban yang mengheret kita kepada persengketaan.
PEMERKASAAN AHLI KEADILAN

Buat organisasi parti, kita jangan pusatkan kuasa – jangan biarkan masalah berulang. Parti harus diperkasakan institusinya – samada jpp dengan skop yg lebih kecil dan tidak membebankan atau jawatankuasa disiplin yang tidak membezakan anggota dan pimpinan , ataupun mana badan-badan lain

Di lapangan, Saya juga berpendapat adalah penting bagi rakan-rakan seperjuangan sekalian menjadikan Keadilan ini sebuah pertubuhan yang relevan di dalam kawasan dan lokaliti masing-masing. Kita perlu bersedia untuk berkhidmat dengan meresap ke dalam kehidupan seharian masyarakat sekeliling kita. Kita mestilah menunjukkan contoh yang terbaik, menonjolkan diri di setiap pelosok, samada di Surau, bersama-sama bergotong royong, bersatu dalam penjagaan alam sekitar, keselamatan.

Ingatlah . Rakyat yang berikan kita kepercayaan dan mandat – we must prove to them our worth.

Let my Deeds be the witness of my worth – said Shakespeare

Tiada ada salahnya untuk berbeza pendapat selagi kita menyedari bahawa kita berkongsi matlamat perjuangan yang sama berlandaskan perjuangan parti. Sebuah matlamat perjuangan yang suci dan murni.

Ahli-ahli parti perlu berada di setiap lapisan masyarakat memimpin aktiviti sosial dan ekonomi. Kita perlu bersedia memperkasakan diri kita dengan ilmu, terutamanya berkenaan isu-isu semasa Dan memerlukan keutuhan Cabang komunikasi Dalam Hal ini.

Parti ini dimulakan atas dasar memperjuangkan nasib mereka yang ditindas. Parti ini diasaskan atas dasar menentang kezaliman, dan parti ini disuburkan atas dasar menegakkan keadilan untuk semua.

Dalam konteks masa ini, Parti Keadilan Rakyat adalah pejuang, dan pahlawan rakyat yang dizalimi dan tertindas.

Dari itu, saya ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan KEADILAN semua, marilah kita berpadu semula, kuatkan barisan kita. Perjuangan kita masih lagi panjang. Harus kita sedar, musuh kita bukanlah antara satu sama lain, tetapi, pemimpin-pemimpin yang korup lagi kotor yang perlu kita tentang habis-habisan.

PENUTUP:

Ini mungkin sesuatu yang klise, tetapi benar, cinta mampu mengatasi segalanya. Sekiranya kita dengan seikhlasnya cintakan negara, kita akan mampu melakukan perubahan.

Sekiranya kita mahu melihat perubahan, kita perlu bermula dengan diri kita dahulu. Jangan sesekali kita memperkecil-kecilkan sumbangan-sumbangan serta jerih payah individu ke arah pembangunan Parti Keadilan Rakyat, untuk masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Ingatlah semua, MASA DEPAN ADALAH MASA KITA!!!