Pada masa yang sama, rasanya eloklah kita beringat-ingat kenyataan Bank Negara Malaysia di penghujung tahun lepas: setakat November 2010, hutang isi rumah rakyat Malaysia berjumlah RM577 bilion, yang tertinggi di Asia! Oleh itu, di waktu perayaan sebegini, berjimat lah kita setakat mana yang boleh, sejauh mana yang mampu, demi masa depan kita dan keluarga kita. Pada masa yang sama, jangan lupa mengingatkan pimpinan sedia ada agar mentadbir kewangan negara dengan penuh berhemah! Untuk tahun 2011 sahaja, terbitan Bon kerajaan pusat bernilai RM80 bilion! Ternyata, kita mahukan kepimpinan melalui tauladan terbaik.
Pun begitu, saya berharap semoga Tahun Arnab ini akan memberi peluang yang baru untuk kita memperbaiki diri, mempererat persefahaman di antara kita, dan memperkukuh tali persaudaraan sesama rakyat Malaysia.
Peng you men, Xin nian kuai le!!